Skuad Sukarelawan Rakan Muda Kemaman akan mengadakan Program 1 Dun 1 Khidmat yang akan dijalankan secara berkala disetiap hujung minggu. 2 Skuad akan ditugaskan di setiap Dun untuk menjaga dan membaik pulih kawasan atau bangunan tertentu.
Dun Chukai – Kubur
Dun Kijal – Balai Raya
Dun Air Putih – Surau
Dun Kemasik – Hutan Lipur.
Program ini akan dijalankan secara bersama oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun masing-masing.
Kelab Rakan Muda Kemaman akan melaksanakan satu program sempena bulan yang mulia ini…
‘RIHLAH RAKAN MUDA RAMADHAN’
21 September 2008 bersamaan 21 Ramadhan 1429 H
Program ini merangkupi 7 aktiviti utama iaitu :
Program ini akan diadakan di Surau Haji Abdul Rahman Limbong, Chukai.
Dijangka seramai 500 orang akan berbuka puasa bersama-sama dengan YB Dato’ Mohamed Awang Tera, ADUN Chukai yang akan merasmikan prpogram ini.
“Dijemput beramai-ramai ke Majlis Berbuka Puasa
di Surau Haji Abdul Rahman Limbong jam 6ptg”
Kelab Rakan Muda Kemaman telah menyertai program Ekspedisi Berakit Semarak Merdeka 2008 yang bermula dari Air Putih ke Taman Shah Bandar Chukai Kemaman 21 Ogos 2008 Hingga 23 Ogos 2008. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Kemaman.
Kelab Rakan Muda Kemaman menghantar 3 kontinjen bagi menyertai Ekspedisi tersebut.
Kelab Rakan Muda Kemaman turut menghantar 100 orang peserta bagi larian Semarak Merdeka 2008 yang akan bermula di Perkarangan Masjid geliga Kemaman ke Taman Shah Bandar, Chukai.
Pejabat Penerangan Daerah Kemaman dan Kelab Rakan Muda Kemaman telah mengadakan program Eksplorasi Cinta Negara Dan partiotisme Rakan Muda dari 12 Ogos 2008 Hingga 15 Ogos 2008.
Program ini turut mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Asrama Yayasan Terengganu Kemaman, Pejabat pelajaran Daerah Kemaman, Pusat Serenti Besut dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kemaman.
Eksplorasi ini telah dilepaskan oleh Ybhg. Puan Fadzilah Binti Mohamad, Pegawai Penerangan Daerah Kemaman pada jam 8.30 pagi di Hadapan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman.
Eksplorasi ini tamat di Kem Sri Kluang Besut pada 15 Ogos 2008.
Kelab Rakan Muda Kemaman bersama dengan Kelab Setia SMK Sultan Ismail Kemaman dan Asrama Yayasan Terengganu Kemaman telah mengadakan Kem Pengurusan Stress khas untuk para pelajar kelas peperiksaan bagi SMK SUltan Ismail Kemaman dan Asrama Yayasan Terenggganu Kemaman.
Peserta seramai 100 orang telah berkhemah di Pantai Teluk Kalong selama 2 hari bermula 25 Julai 2008 dan berakhir pada tengahari 26 Julai 2008.
Kem ini juga disertai oleh 12 orang peserta ARP (Anugerah Remaja Perdana) pingat Gangsa. yang telah menyelesaikan komponen Pengembaraan.
Kem ini turut dibantu oleh Skuad RM-IDOL
Bengkel Pengurusan Skuad Sukarelawan RM IDOL Peringkat Zon Timur (Terengganu & Kelantan) telah diadakan pada 15 Julai 2008 hingga 19 Julai 2008 di Kem Damai Beach Resort, Besut Terengganu
KRM Kemaman telah menghantar 11 orang peserta diantaranya ialah YBhg. Pengerusi KRM Kemaman dan YBP. Cik Penggerak Rakan Muda Parlimen Kemaman dan 9 orang ahli Skuad RM-IDOL Kemaman.
Pada 14 hingga 17 Jun 2008, Pengerusi Kelab Rakan Muda Kemaman bersama dengan AJK Kelab, Aras Bin Andy Fiheery telah mengikuti
Bengkel Pengurusan Kelab Rakan Muda Zon Pantai Timur
yang dianjurkan oleh
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
Kesemua wakil Kelab Rakan Muda di Pahang, Terengganu dan kelantan berkumpul di Ridel Hotel…
Kelab-Kelab Rakan Muda Negeri Terengganu merancang untuk mengadakan Konvensyen Kelab Rakan Muda Negeri Terenggganu di Kompleks Rakan Muda Bera, Pahang….Kita Tunggu…….