Pada 11 & 12 April 2008 baru2 ini
Kelab Rakan Muda Parlimen Kemaman
dengan Kerjasama
Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman
Dan
Kelab Setia Parlimen Kemaman (SMK Sultan Ismail, SMK Sultan Ismail II & SMK Bukit Mentok)
telah menjayakan
EKSPEDISI BERBASIKAL DAN KHEMAH KERJA RAKAN MUDA PARLIMEN KEMAMAN
Program tersebut turut dibantu oleh
PEJABAT PENERANGAN DAERAH KEMAMAN
MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN
PEJABAT HUTAN DAERAH KEMAMAN
Pada hari sabtu, program ini turut disertai oleh
PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN KEMAMAN
JKKK KAMPUNG CHABANG
GDW KAMPUNG CHABANG
yang berkelah bersama-sama dengan para peserta Perkhemahan yang melibatkan seramai 90 orang peserta, dan penggabungan penyertaan ini melibatkan seramai lebih 150 orang daripada pelbagai agensi dan NGO yang turut sama memeriahkan program ini.
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat yang ada pada setiap peserta, selain daripada memupuk Kesabaran, Toleransi, Dan Perhatian yang tinggi oleh para belia.
Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Hajjah Rohani Binti Abdullah, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman Merangkap Penasihat Khas Kelab Rakan Muda Parlimen Kemaman dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kemaman.
